Khalifah Uthman bin Affan

SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN

Nama penuh  dan keturunan Uthman  ialah Uthman bin Affan bin Abdul Syams bin Abdul Manaf bin Susaiyy. Dilahirkan dalam  tahun  kelima Gajah. Beliau memeluk agama Islam  menerusi Abu Bakar. Uthman  merupakan seorang yang hartawan dan bangsawan. Beliau banyak mengorbankan  harta dan tenaganya untuk perkembangan Islam. Uthman gemar membuat kebajikan, kuat beribadat, lemah  lembut tingkah lakunya, tidak pemarah dan berhemah tinggi. Uthman dilantik  sebagai  khalifah  melalui Majlis Syura di mana Saidina Umar telah mencalonkan beberapa orang sahabat sebagai khalifah dan  pemilihan  sahabat yang paling layak ditentukan oleh Majlis Syura. Para sahabat telah membuat pertimbangan di antara Saidina Ali dan Saidina Uthman, lalu memilih Saidina Uthman berbanding Saidina Ali. Saidina Uthman  telah  memerintah selama 12 tahun  iaitu pada 6 tahun  pemerintahannya negara berada dalam  keadaan aman. Tetapi 6 tahun berikutnya adalah  zaman  yang penuh dengan  masalah dan penentangan. Sepanjang menjawat jawatan khlifah terdapat beberapa sumbangan yang beliau  lakukan
.
PENULISAN AL-QURAN
      Pada masa pemerintahan beliau, Islam telah berkembang dengan  meluas meliputi Semenanjung Tanah Arab dan  lain-lain kawasan seperti Armenia dan  Khurasan. Umat Islam di wilayah wilayah tersebut telah mempelajari dan membaca Al-Quran menurut cara bacaan para sahabat yang masyhur seperti kaedah bacaan Ubai bin Ka’ab, Zaid bin Thabit dan lain-lain. Oleh sebab itu, berlaku  perbalahan yang hebat telah berlaku  pada tahun 25 hijrah  mengenai perbezaan kaedah bacaan dan seterusnya perselisihan dari segi riwayat pembacaan Al-Quran. Justeru itu, Saidina Uthman  telah membentuk satu jawatankuasa penulisan Al-Quran  yang diketuai oleh Zaid bin Thabit. Ketika ahli-ahli jawatankuasa ini menjalankan tugas, beliau  memberi nasihat dan  meletakkan panduan bahawa asas rujukan di dalam  penulisan Al-Quran hendaklah berdasarkan bacaan Qurra’. Jika terdapat perbezaan  pada bacaan mereka, maka hendaklah ditulis mengikut bahasa orang Quraisy kerana Al-Quran itu diturunkan menurut bahasa Quraisy. Sebuah mushaf untuk beliau dinamakan “Mushaf-al Imam” dan mushaf yang lain dikirimkan yang lain ke Mekah, Syam, Basrah, Kufah dan Madinah. Seorang imam(qari) yang adil dan mutqin di dalam bacaan Al-Quran untuk mengajar penduduk berkenaan. Selepas itu, beliau  memerintahkan supaya semua lembaran Al-Quran yang ditulis sebelum ini dibakar dan dilupuskan.

 PERLUASAN DAKWAH ISLAMIAH
      Melakukan  perluasan  Masjidil Haram  pada tahun 26 H dengan  membeli sebuah tanah daripada pemiliknya  lalu disatukan dengan masjid. Manakala pada tahun 29 H, beliau  telah  memperluaskan  Masjid  Madinah al-Munawwarah  dan  membinanya dengan batu batu berukir. Tiang masjid diperbuat daripada batu dan atapnya daripada kayu. Selain itu,beliau juga banyak menghabiskan  waktu  menyampaikan dakwah kepada tawanan perang. Ramai di kalangan  mereka memeluk Islam setelah menerima dakwah yang disampaikan oleh Saidina Uthman. Di samping itu, beliau turut mengajar fiqh  kepada umat Islam yang mana beliau  sendiri pernah membuat toturial untuk mengambil wudhu dengan sempurna.

PERLUASAN WILAYAH ISLAM
       Kegemilangan  pemerintahan Khalifah Uthman bermula dengan pembukaan wilayah-wilayah baru yang terletak di Antalia dan Asia kecil sebelah  barat. Wilayah-wilayah lain yang berjaya ditawan ialah Cyprus, Afghanistan, Khurasan, dan Tabrastan di sebelah Timur dan Timur Laut. Wilayah Libya, Algeria, Tunisia dan  Maghribi yang terletak di sebelah bahagian Utara Afrika turut ditawan oleh kaum  muslimin. Kawasan dan wilayah  Islam yang  luas ini telah  mengangkat empayar Islam sebagai sebuah empayar dan kuasa baru yang lebih besar dibandingkan  dengan empayar empayar  Byzentine dan Parsi. Dalam  pentadbiran wilayahnya, beliau mengekalkan bentuk pemerintahan Khalifah Abu Bakar dan Khalifah Umar dengan melantik gabenor dan pegawai untuk menguruskan pentadbiran di wilayah-wilayah Islam.

KEWAFATAN SAIDINA UTHMAN
        Beliau telah  wafat dibunuh  pada 18 Zulhijjah tahun  35 H oleh puak  pemberontak yang diketuai oleh al-Asytar. Mereka telah  mengepung rumahnya selama kira-kira 40 hari. Pada ketika itu,  Saidina Uthman berusia 82 tahun. Jenazahnya dimakamkan di perkuburan al-Baqi’ , Madinah.

1 comment:

  1. pertama kali dengar nama beliau.terus terjatuh cinta.apbila tengok kebaikan nya terhdp islam.jatuh cinta kali keDUA,bila lihat sifatnya,jatuh cinta untuk kali ketiga

    ReplyDelete