Khalifah Ali bin Abi Talib

Khalifah Ali Bin Abi Talib




     Nama sebenar Saidina Ali ialah Ali Bin Abi Talib Bin Abdul Muttalib Bin Hasyim Bin Abdu Manaf. Dilahirkan di Mekah kira-kira 10 tahun sebelum kerasulan Nabi Muhammad SAW. Beliau adalah sepupu dan juga menantu kepada Rasulullah SAW dan memeluk Islam ketika masih kanak-kanak. Saidina Ali telah di bai’at sebagai khalifah pada 25 Zulhijjah tahun 35H setelah terbunuhnya Saidina Uthman di tangan pemberontak yang didalangi Yahudi. Pada mulanya Saidina Ali menolak pelantikan tetapi beliau kembali menyambung sebagai khalifah kerana dapat sokongan sebahagian besar penduduk Madinah. Selain itu, Saidina Ali juga telah memerintah selama 5 tahun dalam suasana konflik politik. Beliau wafat pada 17 Ramadhan 40H kerana dibunuh oleh Abdul Rahman Bin Maljam daripada golongan Khawarij yang telah membuat pakatan sulit untuk membunuhnya. Jenazah beliau telah dimakamkan di Kufah, Iraq.


SUMBANGAN ALI BIN ABI TALIB

 1)   SANGGUP MENERIMA JAWATAN KHALIFAH DALAM KEADAAN KEGOYAHAN
Beliau sanggup menerima jawatan pemimpin tertinggi kerajaan Islam pada ketika itu walaupun pada masa itu berlaku kegoyahan di mana bermulanya titik pertukaran politik negara Islam yang bercelaru apabila ramai pihak yang berebut untuk berkuasa dan menjadi ketua. Saidina Ali bin Abi Talib telah berusaha bersungguh-sungguh sehingga dibunuh hanya kerana untuk mengekalkan keamanan dalam negara Islam yang telah dibina oleh junjungan mulia Nabi Muhammad
    
   2)   MENGHENTIKAN PEPERANGAN DI ANTARA UMAT ISLAM
        Beliau juga bermati-matian dalam usahanya untuk mengekalkan kestabilan dan keharmonian negara. Misalnya dalam satu peperangan saudara iaitu Perang Sifin, walaupun tenteranya hampir mencapai kemenangan dalam peperangan terebut tetapi disebabkan ada dalam kalangan pihak musuh yang rela mengangkat Al-Quran, maka beliau sanggup menghentikan peperangan tersebut dan memulakan proses perundingan.

   3)   MEMBINA MARKAS TENTERA DI PARSI DAN SYRIA
Biarpun mengutamakan keharmonian dan kedamaian, Saidina Ali bin Abi Talib juga tidak melupakan soal pertahanan negaranya. Buktinya, beliau telah membina markas tentera di Parsi dan di sempadan Syria.
   

   4)   MENERUSKAN CUKAI JIZYAH KEPADA ZIMM
Untuk mengembangkan sistem ekonomi negara, kutipan jizyah diteruskan. Perkara ini dinyatakandalam surat yang dihantarkan kepada alAsytar. Khalifah Ali meminta beliau mengikat perjanjian dengan golongan zimmi untuk mengenakan jizyah kepada mereka.

   5)   KEWAFATAN KHALIFAH ALI BIN ABI THALIB
        Pada tahun 661M Khalifah Ali bin Abu Talib meninggal dunia, akibat dibunuh oleh kaum Khawarij. Kerana mereka tidak suka dengan perubahan yang dilakukan oleh saidina Ali, bahkan mengganggap Saidina Ali yang berkomplot membunuh Khalifah Uthman.






6 comments:

  1. Adakah ITU antara contoh2 jasa dan sumbangan kpd Rasulullah SAW

    ReplyDelete
  2. Apakah maksud zimm no.4 dalam sumbangannya

    ReplyDelete
  3. Sepatutnya tidak prlu meletakkan gambar disini

    ReplyDelete
  4. Sahih ke semua ni?....Mohon perjelasan....kalau boleh cuba ringkas kan lagi yg sumbangan tu sebab bile nk folio tak cukp space nk tulis kerana ayat panjang sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bab ringkaskan tu boleh buat sendiri kot....x kan nk copy paste jer

      Delete