Friday, 12 February 2016

Pengenalan Khulafa Ar-Rasyidin

KHULAFA AR-RASYIDIN (632-661M)/(11-40H)
                



       Perkataan khalifah atau khalifat(tunggal), Jama’nya khulafa’ bermaksud pengganti iaitu penganti Rasulullah SAW. Kemudiannya ia digunakan untuk jawatan ketua umum dalam pentadbiran hal ehwal dunia dan agama menggantikan Rasulullah SAW. Kedudukan dan taraf khalifah dari segi kuasanya adalah sama taraf dengan Rasulullah SAW dan setiap orang wajib mentaatinya. Pemilihan seorang khalifah adalah sesuatu yang mesti dilakukan oleh umat islam selepas baginda wafat. Ia sebenarnya suatu yang sangat sukar kerana sebelum baginda wafat, baginda tidak pernah menamakan sesiapa yang seharusnya dilantik mengetuai negara islam.

       Pada mulanya tiada sesiapa yang memperdulikan tentang masalah perlantikan khalifah. Tetapi apabila isu itu timul, ia menjadi masalah yang mendapat perhatian serius dari seluruh umat islam. Pada ketika masalah perlantikan khalifah, golongan Ansar mencalonkan Sa’ad bin Ubadah, golongan Muhajirin pula mencadangkan Abu Bakar bin al-Siddiq. Dan golongan yang ketiga, golongan Bani Hasyim mencalonkan Ali bin Abi Talib. Walaupun umat islam mengalami masalah untuk perlantikan khalifah tetapi perpaduan umat islam tetap terpelihara di mana Abu Bakar al-Siddiq telah terpilih dengan suara majoriti dan diterima oleh semua dalam perhimpunan anjuran golongan Ansar itu. Ia diperkukuhkan lagi dengan lafaz taat setia(bai’ah) di dalam atur cara yang dijalankan semasa perlantikan khalifah-khalifah yang berikutnya. Selepas perlantikan Abu Bakar al-Siddiq sebagai khalifah, bermulalah zaman khulafa ar-rasyidin.

Kesimpulan

KESIMPULAN


Banyak permasalahan yang berlaku dalam pemerintahan keempat-empat khalifah akibat sikap perebutan kuasa dikalangan masyarakat.
Pemerintahan khulafa tersebut telah banyak memberi sumbangan kepada tamadun islam serta meluaskan wilayah islam.

Selepas pemerintahan khulafa' al-rasyidin, sistem pemerintahan islam telah bertukar daripada sistem syura kepada sistem warisan, namun begitu,sistem berkhalifah masih kekal hingga ke zaman Turki Uthmaniyyah. Antara kerajaan yang memerintah zaman itu ialah kerajaan Bani Umaiyah,kerajaan Abbasiyah,kerajaan Turki uthmaniyah dan diikuti oleh kerajaan islam di India, China dan Nusantara.